Sunday 18 March 2012

Business Card Exchange


Tarikh : 18/3/2012

Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh rakan-rakan niaga baru atau usahawan adalah bertukar-tukar kad perniagaan, yang mana melalui pertukaran kad perniagaan dapat membantu menghubungi seseorang atau sesuatu pihak itu.

Aktiviti seterusnya, ahli kumpulan perlu melakonkan watak sebagai seorang usahawan yang saling bertukar kad  perniagaan dengan ahli kumpulan lain.

Lakonan tersebut boleh ditonton di dalam video seperti di bawah.

Pembelajaran daripada aktiviti ini adalah :

  • Berkelakuan sopan dan tertib.
  • Kad diserahkan menggunakan kedua-dua tangan.
  • Perkenalkan diri.
  • Membaca kad perniagaan yang diterima sebelum menyimpannya.
  • Sentiasa membawa kad bersama.