Sunday 18 March 2012

Business Card Design


Tarikh : 18 Mac 2012

Business card merupakan first impression kepada orang lain. Oleh itu, rekabentuk kad tersebut perlulah menarik tetapi ringkas bagi memudahkan orang lain melihatnya. Maklumat penting seperti nombor untuk dihubungi perlulah diletak pada kedudukan yang mudah dilihat dan dibaca.

Kumpulan kami telah diberikan 4 keping business card yang berlainan syarikat dan rekabentuk. Oleh itu, kami ditugaskan untuk menganalisa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada kad-kad tersebut.

Berikut adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan yang telah kami perolehi :

  • Maklumat penting haruslah disertakan seperti nama, jawatan, nombor telefon & faks, produk & servis, nama perniagaan, alamat perniagaan, website perniagaan, logo dan tagline.
  • Grafik / ikon yang dipaparkan haruslah menggambarkan jenis perniagaan yang dijalankan.
  • Kertas kad yang berkualiti mengikut standard.
  • Penggunaan font yang mudah dibaca. Elakkan font yang terlalu fancy.
  • Size teks hendaklah boleh dibaca dengan jelas.