Bagi aktiviti ini kami dibahagikan kepada kumpulan seramai 5 orang dan diberi 5 keping kertas bersaiz A4 setiap seorang. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah adalah untuk menghasilkan jet yang mampu terbang paling jauh dengan melipat kertas tersebut mengikut kreativiti masing-masing.Tujuan pengujian ini akan diberitahu selepas semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti masing masing.
Jet-jet tersebut mestilah diuji cuba bagi mendapatkan satu jet yang terbang paling jauh di antara 5 jet yang dihasilkan oleh ahli kumpulan.
Jet dibenarkan untuk diuji sebanyak 3 kali dan bergantung kepada kumpulan untuk membuat membuat berapa kali percubaan.
Jet tersebut pula akan bertanding antara kumpulan lain untuk menentukan pemenangnya.
Rumusan :
Pelajaran yang boleh ditimba daripada aktiviti ini adalah kejayaan seseorang usahawan boleh dicapai berdasarkan faktor-faktor berikut :
- Daya kreativiti
- Bagaimana menggunakan sumber yang terdapat disekeliling anda.
- Mempunyai target
- Organizer
- Keyakinan
- Setup mengikut modal yang ada / realistik
- Pandai menggunakan peluang
- Suasana yang memberangsangkan untuk menjadi usahawan (Right Culture Environment)